Bagi kutipan 31 Januari 2010 nanti, maklumat enrolmen dan kelas akan dikosongkan mulai 1/1/2010. Ini bertujuan untuk mendapatkan data yang bersih dan sahih. Guru data diminta untuk memasukkan maklumat berkenaan sebaik sahaja sesi persekolahan 2010 bermula dan terus mengemaskini jika terdapat perubahan.

08 October 2009

MAKLUMAN TERKINI

Adalah dimaklumkan bahawa kutipan perdana seperti pada 31 Oktober 2009 akan dijalankan. Semua pihak diminta untuk membuat persiapan bagi tujuan tersebut.

Proses kemasukan data akan dibekukan mulai 9-15 November 2009.

Pengumuman:
Guru Data sekolah rendah diminta untuk mengisi satu borang Instrumen Kajian Maklumat Murid Tahun 1 2009 yang mengikuti Prasekolah pada Tahun 2008 dalam Menu Fungsi Lain secara ONLINE.

Borang akuan ibubapa juga boleh dimuat turun melalui menu tersebut. Kerjasama semua guru data yang terlibat amat dihargai.

Tarikh akhir mengisi borang tersebut adalah pada 15 Oktober 2009

0 ulasan:

Post a Comment