Bagi kutipan 31 Januari 2010 nanti, maklumat enrolmen dan kelas akan dikosongkan mulai 1/1/2010. Ini bertujuan untuk mendapatkan data yang bersih dan sahih. Guru data diminta untuk memasukkan maklumat berkenaan sebaik sahaja sesi persekolahan 2010 bermula dan terus mengemaskini jika terdapat perubahan.

19 October 2009

Album PPD Pekan

12 October 2009

SMPP - EMIS ONLINE

Pengumpulan Maklumat Asas (MAP) iaitu data jenis agregat atau bancian yang merangkumi maklumat profil sekolah, enrolmen, guru dan bukan guru merupakan salah satu tugas penting Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dalam menyokong fungsi utamanya membuat perancangan makro dan penyelidikan ke atas dasar dan program pendidikan yang dilaksanakan oleh KPM. Bermula pada tahun 1997, penggunaan aplikasi SMPP-EMIS telah membolehkan pengisian data secara elektronik dibuat oleh guru data di peringkat sekolah.

Sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat semasa, aplikasi SMPP-EMIS yang menggunakan platform MS Access telah dipertingkatkan menjadi sebuah aplikasi yang berdasarkan web iaitu EMIS Online. Mulai 31 April 2009, penggunaan aplikasi SMPP-EMIS versi 4.0 yang menggunakan MS Office (MS Access) tidak lagi digunakan sebagai kutipan utama. Guru Data sebaliknya dikehendaki mengemaskini maklumat SMPP-EMIS menggunakan versi Online.

Berikut adalah pautan ke Portal SMPP-EMIS Online di Kementerian Pelajaran Malaysia:

09 October 2009

Sekalung Budi

Saya bagi pihak PPD Pekan khasnya Unit Pengurusan Maklumat dan ICT mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan oleh CIK ERMIE DHARLYA BINTI CHE DAUD iaitu GDM SMK Tengku Abdullah, Pekan atas bantuannya bagi menghasilkan laman blog ini.